fb fb fb fb fb

Hentikan kekejaman dan pembunuhan di Gaza - gesa Anwar kepada Biden

Anwar Ibrahim (belakang, tengah) dan Joe Biden (depan, kanan) pada Pemukiman Pemimpin APEC di San Francisco, California/AFP

SAN FRANCISCO, 19 November- Hentikan kekejaman. Hentikan pembunuhan wanita dan kanak-kanak, sekarang! Kerana setiap hari yang berlalu bermakna lebih banyak bayi dibunuh. Selepas itu Israel akan mengejar solusi (penyelesaian) akhir.

Itu mesej tegas dan keras dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden ketika berucap pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di San Francisco yang dipengerusikan Biden Jumaat lalu.

Anwar turut menekankan bahawa pemimpin dunia perlu memberi keutamaan kepada keamanan dan hak kemanusiaan.

“Saya menyatakan ini kerana penting bagi APEC untuk memahami dan bekerjasama; kepercayaan antara negara-negara anggota. Jika kita gagal (tetapi) tidak sepenuhnya (jika) kita telah menyatakan komitmen dalan dokumen (APEC); isu Ukraine dan Palestin seluruh dunia akan melihat pengekangan” ucap Anwar ditujukan kepada Biden.

Perdana Menteri kemudian mengakhiri hujahnya dengan menyatakan bahawa penting sebagai komuniti antarabangsa untuk bangkit dan mengelak masalah ini daripada berlaku.

“Saya akhiri hujah saya dan menantikan kepimpinan anda (Joe Biden) yang berterusan pada 2024. Saya juga telah menyatakan kepada Presiden Peru (Dina Boluarte), untuk memastikan kebimbangan ini didengar kerana kita bersatu dalm isu ini. Terima kasih,” kata Perdana Menteri.

Ucapan itu sempat dirakam jurukamera Perdana Menteri menggunakan telefon bimbit ketika ucapan tersebut disiarkan kepada wakil pemimpin negara yang berada di ruang menunggu.

Difahamkan ucapan tersebut tidak disiarkan secara langsung kepada awam kerana Amerika Syarikat cuba mengawal kandungan ucapan yang boleh dikeluarkan.

Siaran langsung ucapan telah dihentikan selepas ucapan pembukaan Presiden Biden. Selepas itu, mesyuarat diadakan secara tertutup tanpa media kecuali media pihak Amerika Syarikat.

TONTON VIDEO UCAPAN

SITI AISHAH BINTI MD ISA