Henti naratif perkauman, fokus kepentingan rakyat – PM

Foto BERNAMA 

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Semua pihak diseru menghentikan kempen dan naratif yang boleh memecahbelahkan masyarakat mengikut kaum dan fahaman politik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Komitmen menjamin hak dan kepentingan semua rakyat tanpa mengira latar belakang.
  • Dasar negara berteraskan agenda perubahan menyeluruh demi manfaat rakyat, bukan terperangkap dalam polemik perkauman.
  • Keputusan selaras prinsip Islam, ambil kira pandangan mufti dan pelihara kepentingan semua pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kempen yang sihat perlu tertumpu kepada usaha membela kepentingan rakyat dan mengekalkan keharmonian negara.

Katanya, Malaysia yang majoriti penduduknya terdiri daripada kaum Melayu beragama Islam tetap komited menjamin hak dan kepentingan semua rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Jangan dengar kempen-kempen yang melaga-lagakan antara Melayu dan Cina atau parti tertentu. Jika masing-masing terus bertelagah atas isu kaum, yang akan rugi adalah rakyat di bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Perumahan Kekal Bagi Penduduk Rumah Panjang Bukit Kiara di sini hari ini.

Perdana Menteri menekankan, perjuangan dan dasar negara perlu berteraskan agenda perubahan menyeluruh yang memberi manfaat kepada rakyat, bukannya dibelenggu polemik perkauman berpanjangan.

Tegasnya, setiap keputusan perlu selaras dengan prinsip Islam serta mengambil kira pandangan pihak berautoriti termasuk mufti, di samping memelihara kepentingan semua pihak.

“Negara ini perlu dikembalikan kepada roh dan jiwa yang baik dalam kalangan manusia. Itu yang ingin saya sampaikan,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.