fb fb fb fb fb

Helikopter mendarat cemas, tiga anggota TDM cedera

Foto Hiasan / BERNAMA

KLUANG, 28 Jun- Tiga anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dilaporkan cedera dalam insiden pendaratan cemas helikopter di Kem Mahkota Kluang, Johor, awal pagi tadi.

Kejadian pada pukul 1.35 minit pagi itu menyebabkan tiga anak kapal dikejarkan ke hospital susulan kecederaan patah tulang belakang dan luka di anggota badan.

TDM memaklumkan, kemalangan berlaku ketika sesi Latihan Penerbangan Malam yang diadakan di Landasan Terbang Kluang, Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat, kem terbabit.

"Krew helikopter pemantau ringan, M81-11, Agusta A109H itu terdiri daripada seorang jurulatih pesawat, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster.

"Kesemua mereka dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

"Arahan Henti Terbang Sementara ('temporary grounded') dikeluarkan TDM bagi pesawat terbabit, sementara siasatan dijalankan," menurut kenyataan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM