KUCHING, 28 Jun - Tiga lelaki tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dijilat api di di Lorong 8, Jalan Chong Foh Hing, Batu 7, Kuching, di sini pagi tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang, Raffy Saibi dalam kejadian sekitar pukul 8 pagi itu, rumah yang didiami tiga lelaki dewasa terbabit terbakar di bahagian hadapan sebelum memusnahkan keseluruhan strukturnya.
"Dua jentera pemadam dengan kekuatan 20 anggota bomba digerakkan ke lokasi bagi mengawal kebakaran terus merebak.
"Bagaimanapun, tiada mangsa mengalami kecederaan dan punca sebenar kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya kepada media di sini hari ini.
Bomba yang tiba dilokasi pada pukul 8.50 pagi berjaya mengawal kebakaran setengah jam kemudian sebelum operasi ditamat sepenuhnya pada pukul 10.30 pagi.