fb fb fb fb fb

Hebahan berkaitan banjir menerusi Info On Wheel

MERSING, 22 Disember- Jabatan Penerangan Negeri Johor komited menyampaikan hebahan semasa berkaitan banjir menerusi Info On Wheel yang sudah mula dilaksanakan di negeri itu, sepanjang musim tengkujuh ini.

Pegawai Penerangan Daerah Mersing, Rashid Ibrahim berkata Info On Wheel digerakkan sepanjang masa termasuk hari cuti hujung minggu, sebagai persediaan kepada penduduk sekitar menghadapi bencana.

Di Mersing misalnya, Info On Wheel tertumpu di kawasan rendah dan berisiko banjir seperti di Kampung Pengkalan Batu.

Hebahan maklumat semasa dibuat berdasarkan kemas kini daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

"Info On Wheel ni dilakukan secara berkala mengikut keperluan semasa. Contoh jika banjir kita buat hebahan banjir untuk penduduk siap sedia bagi mengelakkan bencana atau tragedi tak diingini berlaku," kata Rashid selepas mengadakan Info On Wheel di sini.

Sepanjang musim tengkujuh ini, Info On Wheel di Mersing bermula 9.00 pagi dan mengambil masa sekitar satu ke dua jam untuk menyampaikan perkembangan semasa situasi banjir dan cuaca.

(Rashid berkata Jabatan Penerangan Negeri Johor komited menyampaikan hebahan semasa
berkaitan banjir menerusi Info On Wheel)

 

Media Baharu