fb fb fb fb fb

HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024

Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun

KUALA LUMPUR, 24 April- Halal Development Corporation Bhd; HDC akan menganjurkan Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024; HELF sebagai usaha meluaskan jejak globalnya.

Acara berkenaan diadakan sempena Forum Sektor Swasta Bank Pembangunan Islam; ISDB di Riyadh, Arab Saudi, 30 April ini.

Pengerusi HDC Khairul Azwan Harun berkata, HELF 2024 komited untuk menyumbang secara signifikan kepada pembangunan industri halal di Malaysia dan Arab Saudi serta merentasi negara Pertubuhan Kerjasama Islam; OIC.

"Ini memberikan kami peluang untuk mengakses pasaran 57 negara OIC sedia ada. Jadi 57 pasaran halal sedia
diteroka oleh syarikat Malaysia dan juga Arab Saudi,"katanya.

Sebagai platform dasar pelbagai hala, HELF 2024 menyediakan instrumen ekonomi dan perdagangan diperlukan bagi membangun serta menyepadukan ekosistem halal.

Justeru, dana pengupayaan ekosistem halal akan diwujudkan bagi menampung keperluan tersebut.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media mengenai forum berkenaan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE