fb fb fb fb fb

KPWKM hantar kaunselor bantu keluarga mangsa nahas helikopter TLDM

Datuk Seri Noraini Ahmad melawat gerai jualan selepas melancarkan Direktori ’Community Based Organisation' (CBO) KPWKM Negeri Sembilan

SEREMBAN, 24 April- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menyediakan kaunselor bagi membantu keluarga mangsa nahas helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut.

Timbalan menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad, berkata pihaknya melalui Jabatan Kebajikkan Masyarakat akan mula menghantar kaunselor kepada keluarga mangsa selepas segala maklumat daripada pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM)  dikumpulkan.

"Sebab kita tahu dalam waktu sukar begini mereka mungkin memerlukan orang lain untuk membantu menenangkan mereka, bersama dengan mereka dan yang kami akan dilaksanakan adalah menyedaiakan kaunselor,"katanya.

Beliau berkata  demikian kepada pemberita selepas melancarkan Direktori ’Community Based Organisation' (CBO) KPWKM Negeri Sembilan di Dewan Komuniti Coral Height Sikamat, Seremban.

Media melaporkan dua buah helikopter milik TLDM terbabit dalam nahas selepas bertembung dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 tahun.

Kesemua 10 mangsa maut di tempat kejadian.

Dua helipkopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu dilaporkan berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.03 pagi sebelum bertembung lalu terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE