KUALA LUMPUR, 27 Mei- Beberapa pengumumuan penting berkaitan hala tuju industri media bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, esok.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata ia bersempena Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang berlangsung di Ipoh, Perak.
"Selama ini kita banyak membincangkan tentang hala tuju industri media, sebagai contoh yang berhadapan dengan pelbagai isu, sama juga dengan negara lain.
"Industri media di Malaysia menghadapi tekanan dari segi ekonomi, banyak media kalau dahulu mereka menerbitkan akhbar secara fizikal tetapi ramai yang telah 'adjust' masuk ke online akan ada kesan dari segi ekonomi. Jadi ia kemudian memberi kesan kepada kebajikan wartawan," katanya.
(Fahmi Fadzil ketika berucap melancarkan logo dan tema
Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 hari ini/Foto Bernama)
Beliau bercakap dalam sidang media selepas melancarkan Logo, Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, di sini hari ini.
Tambahnya, KKD juga sedang meneliti hala tuju dan perkembangan Rang Undang-undang Majlis Media Malaysia melibatkan kebajikan industri media.