KUALA LUMPUR, 25 November - Hasil Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas perkhidmatan digital (SToDS) meningkat kepada RM1.62 bilion pada 2024 berbanding hanya RM802 juta pada 2021.
Lonjakan itu membuktikan keberkesanan mekanisme percukaian digital yang dilaksanakan kerajaan ke atas sektor e-dagang rentas sempadan.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan turut merekodkan kutipan sebanyak RM476 juta bagi cukai jualan ke atas barangan bernilai rendah (LVG) sepanjang tahun lalu.
"Bagi tahun 2021 hingga 2024, LVG tahun 2024 sebanyak RM476 juta, manakala untuk SToDS, tahun 2021 RM802 juta; tahun 2022 RM999 juta; tahun 2023 RM1.15 bilion; dan tahun 2024 RM1.62 bilion.
"Tiada pengecualian cukai jualan diberikan ke atas barangan yang diimport melalui portal luar negara. Pengecualian cukai jualan hanya terpakai ke atas barangan yang disenaraikan bawah Perintah Cukai Jualan 2025, tanpa mengira sama ada barangan tersebut diimport atau dibeli daripada pengeluaran tempatan," katanya.
Penyataan bagi menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Bakri, Tan Hong Pin jumlah yang dikutip daripada transaksi atas talian bagi 2021,2022,2023,2024,2025; dan (b) apakah barangan import melalui portal luar yang dikecualikan SST dan justifikasinya.