fb fb fb fb fb

Hari Ozon Sedunia 2025 tingkat kesedaran, tanggungjawab jaga alam sekitar

Hamzah Mohamad (tengah) selepas sambutan Hari Ozon Sedunia 2025 peringkat negeri Terengganu di Kijal, Kemaman

KEMAMAN, 4 Oktober - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS Terengganu) menganjurkan sambutan Hari Ozon Sedunia 2025 peringkat negeri Terengganu di Kijal, Kemaman sebagai usaha untuk merapatkan jurang kesedaran masyarakat luar bandar bagi tanggungjawab bersama menjaga alam sekitar.

Pengarah JAS Terengganu, Hamzah Mohamad berkata, tanggungjawab itu memerlukan komitmen secara menyeluruh tanpa memilih latar belakang termasuk mana-mana pihak sama ada di bandar, luar bandar mahupun pemain-pemain industri.

Peningkatan sisa buangan domestik oleh masyarakat setempat sekiranya tidak diuruskan dengan baik berisiko untuk turut sama mencemarkan alam sekitar secara tidak langsung perlu ditanggung oleh masyarakat setempat.

"Saya akan terus mendekati masyarakat dengan harapan amalan ini dapat dijadikan satu budaya hidup. Kita mahu melahirkan generasi dan masyarakat yang cakna terhadap alam sekitar serta sentiasa memeliharanya sebagai tempat untuk kita diami," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sambutan Hari Ozon Sedunia 2025 di sini.

Selain penganjuran itu, turut diadakan program kitar semula, gotong royong dan pelbagai lagi aktiviti sebagai usaha untuk memberi kesedaran bagi kempen yang diadakan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI