SEPANG, 4 Oktober - Jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-47, bukan jemputan dua hala oleh Malaysia.
Sebaliknya, dilakukan atas kapasiti Malaysia sebagai pengerusi Asean.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, jemputan kepada Trump dibuat sebagai ketua negara rakan dialog ASEAN.
Malah, jemputan rasmi turut dibuat kepada semua ketua negara untuk menghadiri persidangan yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 27 dan 28 Oktober ini.
"Ini jemputan kepada semua ketua negara. Ini bukan jemputan dua hala biasa. Sebaliknya, ini jemputan ASEAN bukan jemputan Malaysia. Kita sebagai pengerusi ASEAN tahun ni kita jemput Trump. Tak boleh tak jemput itu. Itu bukan politik yang baik. Kita kena uruskan ASEAN ini dengan mengamalkan dasar berkecuali. Centrality of asean based on neutrality dan ini menjadi kekuatan, teras ASEAN dan rantau bebas dan berkecuali, " tegas beliau.
Datuk Seri Mohamad berkata demikian dalam sidang media di Sepang, Selangor.