fb fb fb fb fb

Hari Kerjaya IKBN zon utara fokus bina kerjaya muda

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis akan menganjurkan Hari Kerjaya TVET Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) Zon Utara, pada 24 Mei.

KUALA PERLIS, 13 Mei - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu dijadikan pilihan utama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selari dengan keperluan semasa industri.

Sehubungan itu, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis akan menganjurkan Hari Kerjaya TVET Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) Zon Utara, pada 24 Mei ini.

Program menyasarkan kehadiran lebih 3,000 pengunjung.

Pengarah IKBN Kuala Perlis, Zaliha Abu Bakar berkata, program ini menampilkan potensi TVET dalam membina kerjaya yang stabil dan berpendapatan tinggi.

Fokus utama meliputi kebolehpasaran pelajar, gaji permulaan yang kompetitif serta pulangan pelaburan yang berbaloi kepada kerajaan.

Program turut disertai lima IKBN sekitar utara tanah air termasuk dari Jitra, Naka, Bukit Mertajam dan Seri Iskandar.

Ia juga menyokong sasaran kerajaan melahirkan 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang 2030.

Pelbagai aktiviti disediakan termasuk pameran kerjaya, temuduga terbuka, autoshow,serta promosi kemasukan ke Askar Wataniah.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN