fb fb fb fb fb

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal

Foto BERNAMA

 

KUALA LUMPUR, 25 September- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 26 September hingga 2 Oktober ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung juga kekal pada RM2.95 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada paras RM2.15 seliter dalam tempoh berkenaan.

Penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan dengan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. -BERNAMA

Trainee2