fb fb fb fb fb

Banjir Kedah: Bilangan penduduk terjejas terus berkurangan

FOTO FAIL

ALOR SETAR, 25 September - Bilangan penduduk terjejas banjir di Kedah berkurangan kepada 2,366 orang daripada 736 keluarga setakat 8.00 malam ini, berbanding 2,942 orang daripada 939 keluarga petang tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua penduduk terjejas dari tiga daerah terlibat ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 20 PPS sebelum ini, selepas dua PPS, masing-masing satu di Kota Setar dan Kubang Pasu ditutup petang tadi.

"Pendang mencatatkan jumlah penduduk tertinggi sebanyak 1,211 orang daripada 365 keluarga yang masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS), diikuti Kota Setar dengan 1,091 orang daripada 346 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS. Seterusnya, Pokok Sena menempatkan 64 orang daripada 25 keluarga di satu PPS," menurut info itu.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hanya dua sungai iaitu Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar berada pada paras amaran.

TETITIA YUSOFF