fb fb fb fb fb

Harga minyak masak botol di peringkat peruncit mula turun - Alexander

(FOTO FAIL)

SIBU, 22 Julai - Harga minyak masak botol di peringkat peruncit kini mula merekodkan penyusutan, susulan penurunan harga minyak masak mentah (CPO) di pasaran sehingga mencecah paras RM3,814 semalam.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kali terakhir paras rendah direkodkan adalah pada Julai 2021, manakala kadar tertinggi menjangkau RM8,076 dicatatkan Mac lalu.

Beliau yang dalam lawatan turun padang ke premis pemborong, di Sibu memberitahu, pengusaha memaklumkan bahawa minyak masak tulen kemasan botol 5 kilogram sudah dijual pada harga RM39 di peringkat peruncit, berbanding RM45 pada bulan lalu.

Pengurangan harga sebanyak 13% tersebut adalah hanya permulaan memandangkan unjuran pasaran menunjukkan pola penyusutan harga berikutan kesan CPO akan terus berlaku.


(Datuk Seri Alexander Nanta Linggi membuat lawatan turun padang ke premis pemborong minyak masak
di Sibu, Sarawak)

Alexander dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya mendedahkan mengikut simulasi KPDNHEP sebelum ini, kadar CPO semasa iaitu RM3,814.50 sepatutnya menyebabkan harga minyak masak botol 5 kilogram dipasarkan di peringkat peruncit sekitar RM30.65.

Bagaimana pun katanya, kesan langsung daripada pola penurunan harga CPO dilihat berlaku amat perlahan.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi memberi penegasan kepada industri supaya sebarang penyusutan harga CPO wajar memberi kesan langsung kepada harga minyak masak botol di peringkat peruncit.

Beliau menegaskan supaya tiada pihak yang cuba melengahkan perubahan harga mengikut CPO tersebut dengan alasan untuk menghabiskan stok bekalan lama.

Media Baharu