fb fb fb fb fb

Harga barangan di Malaysia kekal antara terendah di Asia Tenggara

(Pengerusi Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa)

KOTA BHARU, 24 Julai- Harga barangan di Malaysia terus kekal antara yang terendah dalam kalangan negara ASEAN.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata maklumat itu terkandung dalam laporan Bank Dunia mengenai 'bakul makanan' diet makanan sihat yang menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan kedua terendah dari sudut harga barangan makanan.

“Kita kena syukur kita kena bangga negara kita masih kekal, tarif air masih kekal terendah minyak, masak sudah tentulah paling rendah dan banyak lagi senarai produk makanan yang menandakam negara kita mengekalkan rekod sebagai sebuah negara yang harga makanan paling rendah," kata Annuar kepada pemberita selepas melancarkan Lelong Jualan Keluarga Malaysia bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV di sini.

Beliau berkata, pengiktirafan itu dengan sendirinya menafikan dakwaan sesetengah pihak yang memperlekeh serta mempertikaikan usaha kerajaan membantu rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barangan ketika ini.

(Tan Sri Annuar Musa kepada pemberita selepas melancarkan Lelong Jualan Keluarga
Malaysia bersempena JAKM Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu)

"Ada orang cuba mengambil kesempatan untuk meraih sokongan politik. Apabila harga barang mahal mereka sibuk nak berdemonstrasi bukan cuba nak membantu. Demonstrasi bukan satu cara yang merendahkan harga barang," katanya.

Menurut Annuar, setiap hari pasukan khas itu mengadakan kerjasama dan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk pakar tentang langkah-langkah untuk menurunkan harga barang secara relatif.

Media Baharu