fb fb fb fb fb

19 pasar raya di Johor ambil bahagian dalam PJKM

KULAI, 24 Julai- 19 pasar raya di Johor terlibat dengan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) selama dua hari bermula semalam.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Mohd Hairul Anuar Bohro, lebih 450 PJKM dilaksanakan di Johor setakat ini dengan kerjasama pasar raya.

Jumlah itu merangkumi 40 daripada keseluruhan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN ) Johor, sejak 1 Julai lalu.

Pelaksanaan di DUN-DUN lain akan dibuat pada minggu seterusnya.

(19 pasar raya di Johor ambil bahagian dalam PJKM)

"Pada asalnya PJKM di Johor sehingga pukul 1.00 tengah hari, tetapi atas permintaan pengguna dan kawasan tumpuan ramai, ada lokasi yang melanjutkan jualan hingga 10.00 malam.

"Namun ini atas persetujuan pihak pasar raya juga untuk mengekalkan harga demikian hingga malam," kata Mohd Hairul selepas meninjau PJKM di sini.

Antara barangan dijual dengan harga rendah berbanding harga pasaran ialah ayam, sayur-sayuran, beras, minyak masak dan serbuk pencuci.

Media Baharu