fb fb fb fb fb

Hanya syarikat penerbangan sahaja dibenarkan urus pengembara berstatus NTL

(FOTO RTM)

PUTRAJAYA, 12 Julai - Proses penghantaran pulang pengembara yang dikenakan perintah Notis Penolakan Masuk (NTL) akan diuruskan oleh syarikat penerbangan berbanding pihak ketiga.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Katanya, keputusan mengembalikan urusan NTL kepada syarikat penerbangan,selari Bab 5, Konvensyen Pertubuhan PenerbanganAwam Antarabangsa (ICAO) dan Akta Imigresen 1959/63.

"Apabila pengembara ingin berlepas dari lokasi terakhirnya, syarikat penerbangan bertanggungjawab sebelum mengeluarkan pas masuk, dia kena tahu pengembara itu ada ke tidak tiket pergi balik, kemudian mereka akan keluarkan pas masuk. itu adalah standard antarabangsa,” katanya pada sidang media di sini.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, hampir 15,000 pengembara dikenakan NTL.

Antara sebab utamanya, tidak memiliki tiket pergi balik, alamat tempat tinggal tidak jelas dan tidak cukup wang tunai.

Pengembara dari Bangladesh, Pakistan dan India paling ramai dikenakan NTL.


(Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

Media Baharu