fb fb fb fb fb

Subsidi tiket penerbangan RM300 buat pelajar IPTA

(FOTO RTM)

PUTRAJAYA, 12 Julai - Lebih 56,000 pelajar universiti awam bakal mendapat manfaat inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan dianggarkan berjumlah RM16.8 juta mulai 15 Ogos depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata jemaah menteri bersetuju pemberian baucar digital RM300 kepada setiap pelajar yang layak bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan.

"Kita mempunyai peruntukan tidak dipakai dan kita pindahkan peruntukan untuk tujuan ini.

"Kita juga memohon Mavcom bagi menampung peruntukan. Jadi peruntukan selepas ini kita akan adakan perbincangan dengan MOF", katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tambahnya, selain dapat mengurangkan beban kewangan pelajar, inisiatif ini juga merupakan usaha kerajaan perpaduan selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.


(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke)

Media Baharu