fb fb fb fb fb

Belanjawan 2025: Sabah bakal terima RM6.7 bilion, Sarawak RM5.9 bilion

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Kerajaan bakal memperuntukan RM6.7 bilion bagi pembangunan negeri Sabah, dan RM5.9 bilion lagi untuk pembangunan negeri Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menunaikan kesepakatan pemimpin terdahulu terkait Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurut beliau, jurang pembangunan antara negeri perlu dirapatkan khususnya melibatkan prasarana asas seperti jalan raya, elektrik dan air bersih di Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, apatah lagi, Pemberian Khas Sarawak tidak pernah dikaji sejak 1969.

"Di bawah MADANI, tahun ini kita telah menaikkan kadar kepada RM300 juta ketimbang 16 juta (Sarawak) dan 125.6 juta
(Sabah).

"Mulai 2025, kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda lagi kepada RM600 juta," katanya sewaktu membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Pan Borneo Sabah dan Sarawak

Menurut Anwar, sebanyak 17 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1B telah dikeluarkan SST dengan nilai kontrak RM9.7 bilion .

Ini meliputi jajaran Kota Belud ke Kudat; Tawau ke Kampung Lot M dan Telupid ke Ranau.

Sementara itu, Pan Borneo Sarawak dijangka siap pada November 2024.

"Secara keseluruhan, Projek Pan Borneo Sarawak dan Sabah telah menelan belanja sebanyak RM25.1 bilion," katanya.

Lapangan Terbang Sabah dan Sarawak

Kerajaan juga bersetuju melaksanakan Projek Pembesaran Lapangan Terbang Tawau, Sabah dan Lpaangan Terbang Miri dengan kos RM253 juta.

Pusat Kanser Sarawak

Dalam pada itu, kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan bekerjasama membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan RM1 bilion.

"Saya memuji kesediaan Sarawak yang mendahulukan pembiayaan bagi pembinaan projek ini," tambahnya.

Belanjawan 2024, kerajaan memperuntukan RM6.6 bilion kepada Sabah dan RM5.8 bilion kepada Sarawak untuk pelaksanaan projek pembangunan di kedua-dua negeri itu.

GRACE AISYAH KEDAYAN