fb fb fb fb fb

Penglibatan belia & teknologi moden semarakkan pertanian negara

Sektor pertanian dalam negara perlu disemarakkan dengan penglibatan lebih ramai golongan belia /Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 18 Oktober-Sektor pertanian dalam negara perlu disemarakkan dengan penglibatan lebih ramai golongan belia yang mengaplikasikan penggunaan teknologi moden.

Sehubungan itu, Pensyarah Pembangunan Belia Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr Mohd Mursyid Arshad menyatakan bahawa golongan belia perlu bijak mencari peluang sebanyak mungkin bagi memperkasakan kemahiran dalam bidang tersebut.

Ia mampu menyumbang kepada peningkatan produktiviti, sekali gus membantu negara mengurangkan kebergantungan terhadap sumber bekalan makanan dari luar.

"Kita perlu menggalakkan lebih banyak usaha ke hadapan, terutamanya dengan merintis peluang-peluang teknologi dalam pertanian.

"Persepsi negatif bahawa pertanian ini kotor, tidak bersih, penat, dan sebagainya boleh ditangkis dengan penggunaan teknologi. Malah, dalam ruang yang kecil sekalipun, teknologi pertanian masih boleh diaplikasikan," katanya selepas menjadi tetamu dalam rancangan terbitan RTM di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM