Hanya Sri Aman rekod kualiti udara sangat tidak sihat

Keadaan berjerebu di Jeti Kampung Telaga Air, kira-kira 30 km dari bandar raya Kuching, hari ini/ BERNAMA

KUCHING, 6 September – Hanya Sri Aman merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) kategori sangat tidak sihat di Sarawak dengan bacaan 214 setakat pukul 5.00 petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Status kualiti udara di sebahagian besar Sarawak berada pada tahap tidak sihat menurut APIMS.
  • Beberapa bandar catat IPU tinggi termasuk Samarahan 196, Samalaju 194, Bintulu 189, Kuching 188, Mukah 188, Sarikei 184, Miri 169.
  • Kapit kekal pada tahap sederhana dengan bacaan IPU 89.

Menerusi Data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) status kualiti udara di sebahagian besar kawasan lain di negeri itu berada pada tahap tidak sihat.

Samarahan merekodkan bacaan IPU 196, Samalaju (194), Bintulu (189), Kuching (188), Mukah (188), Sarikei dan Serian masing-masing 184, ILP Miri (175), Sibu (173), Miri (169) dan Limbang (156).

Sementara itu kualiti udara di Kapit kekal pada tahap sederhana iaitu pada bacaan 89.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.