fb fb fb fb fb

Hanya 2.22 peratus syarikat produksi mencarum KWSP

Foto RTM

Putrajaya, 19 Februari - Sebanyak 97.78 peratus daripada 361 syarikat produksi yang menggajikan pelakon kanak-kanak dan orang muda dalam filem serta drama tidak melakukan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Perangkawan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, Kajian Penggajian Pelakon Kanak-Kanak dan Orang Muda Dalam Filem dan Drama juga menunjukkan hanya 2.22 peratus syarikat produksi berbuat demikian.

"Jadi dalam konteks ini, seperti yang kita nyatakan tadi 97 peratus itu kita lihat ketidakkesedaran bahawa mereka sepatutnya juga dicarumkan untuk caruman tadi. Jadi perkara ini adalah perkara yang dicadangkan dalam kajian."

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Laporan Kajian Penggajian Pelakon Kanak-Kanak dan Orang Muda Dalam Filem dan Drama di Putrajaya.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD