fb fb fb fb fb

Hanya 15.77 peratus OBS mencarum di bawah SKSPS - PERKESO

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Hanya 15.77 peratus atau 369,107 Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Peratusan tersebut masih rendah jika mengambil kira jumlah OBS seramai 2.38 juta orang di seluruh negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata berdasarkan rekod PERKESO, berlaku peningkatan kemalangan berkaitan pekerjaan membabitkan golongan tersebut.

"Bilangan penerima Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS) dalam kalangan OBS meningkat sebanyak 420 peratus dengan jumlah bayaran sebanyak RM3.9 juta pada tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya. Manakala 260 peratus lagi bagi tuntutan kes Faedah Orang Tanggungan (FOT) dengan jumlah bayaran RM 900,000 dalam tempoh yang sama," kata beliau ketika berucap pada Majlis menandatangani memorandum persefahaman MoU antara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang berlangsung di Wisma PERKESO, Ampang pagi tadi.

(FOTO FB TIMBALAN MENTERI)

Setakat hari ini, seramai 9,841 orang petugas PASTI sudah berdaftar di bawah Program Kerjasama Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO.

Dengan usahasama ini, dijangka jumlah mereka yang didaftarkan akan terus meningkat, menerusi penyertaan lebih ramai guru, sukarelawan dan petugas baharu PASTI pada masa akan datang.

Media Baharu