fb fb fb fb fb

19 IPT negara ASEAN dikenal pasti untuk martabat Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa

PUTRAJAYA, 7 Mac - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengenal pasti 19 universiti di negara-negara ASEAN untuk berkolaborasi memartabatkan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, kementeriannya mencadangkan agar menubuhkan Jawatankuasa Induk Pengembangan Bahasa Melayu Institusi Pendidikan Tingi (IPT) Negara-negara ASEAN selari dengan aspirasi kerajaan.

"Jawatankuasa ini antara lain berperanan untuk merancang pemetaan program kerjasama dalam pelbagai aktiviti seperti penyelidikan, pengembangan bahasa Melayu di IPT di negara-negara ASEAN dan program terjemahan serta adaptasi karya-karya ilmu," katanya melalui kenyataan hari ini.

(FOTO Facebook Noraini Ahmad)

Menurutnya, 19 universiti yang berpotensi untuk diadakan program-program kolaborasi dengan universiti tempatan ialah Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

"Dalam hal ini, KPT telah melantik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) sebagai sekretariat bagi memulakan kerjasama strategik untuk mengembangkan aspek-aspek penting tamadun alam Melayu ke peringkat antarabangsa," tambahnya.

Noraini berkata melalui program ini sekali gus dapat melonjakkan taraf dan peranan Bahasa Melayu yang bukan sahaja lingua franca bahkan sebagai bahasa ilmu dan bahasa bernilai ekonomi di rantau ini, dengan kira-kira 300 juta orang penutur Bahasa Melayu di negara-negara induk Bahasa Melayu dan di negara-negara ASEAN lain yang mempunyai komuniti berbahasa Melayu.

 

Media Baharu