fb fb fb fb fb

Hampir 50% peruntukan Belanjawan 2023 telah dibelanjakan

(Datuk Seri Anwar (tengah) pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 14 Julai- RM188 bilion atau 49% daripada peruntukan Belanjawan 2023 telah dibelanjakan setakat Jun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata meski peratusan itu lebih baik daripada tahun sebelumnya, beliau berpandangan projek-projek cakna rakyat perlu terus ditingkatkan dan disegerakan pelaksanaannya demi kemasalahatan rakyat.

Antara inisiatif yang diambil bagi mempercepat pelaksanaan projek ialah pelaksanaan pemusatan kuasa, pemberian peruntukan tambahan dan kelonggaran tatacara perolehan.

"Belanjawan 2023 setakat Jun 49% daripada peruntukan ketimbang (berbanding) perbelanjaan tempoh sama tahun lalu. Kepantasan pelaksanaan jauh lebih baik daripada tahun sebelum. Tapi saya beri arahan belum cukup memuaskan sebab kita hendak capai 60% sebelum Ogos.

"Peruntukan RM100,000 kepada jurutera daerah projek kecil baiki tandas sekolah yang hampir keseluruhannya tak baik. Ini boleh disegerakan untuk keselesaan, kemudahan disegerakan termasuk bagi rumah anggota tentera.

"Saya telah luluskan RM200 juta baiki bukan rumah baharu tapi baiki rumah bocor, tandas rosak " kata Anwar ketika berucap di Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di sini.


(Datuk Seri Anwar ketika berucap pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2024/BERNAMA)

Media Baharu