fb fb fb fb fb

200,000 Penerima STR terima SARa RM600 mulai Isnin

(Foto hiasan)

PUTRAJAYA, 14 Julai- Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikategorikan sebagai miskin tegar akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak RM600 mulai Isnin ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian itu merupakan antara pengumuman yang dibuat menerusi Jaringan Perlindungan Sosial untuk membantu golongan sasar.

"Sumbangan Tunai Rahmah, kos sara hidup ditambah 200,000 penerima STR dikategorikan miskin tegar melalui data e-kasih terima Sumbangan Asas Rahmah RM600 mula 17 Julai mendapat barang keperluan asas", katanya.

“Kerajaan telah menyediakan STR untuk meringankan kos sara hidup rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Libat Urus Belanjawan 2024 di sini.


(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Media Baharu