LABUAN, 27 Julai - Hampir 3,500 warga Labuan sertai Borneo Flora Fitness Challenge yang berlangsung awal pagi tadi di perkarangan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa, di sini bersempena Borneo Flora Festival@ Labuan 2025.
Penganjuran program itu disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan diselaras oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan, Perbadanan Labuan dengan kerjasama Kelab Belia Kampung Layang-Layangan (KEBAL).
Dalam program tersebut, dua acara dianjurkan iaitu Borneo Aerobicthon Challenge dan Borneo Flora Walk sejauh 5 kilometer disertai masyarakat berbilang kaum dan pelbagai peringkat umur, turut diadakan pertandingan “Best Flora” bagi kategori keluarga, individu lelaki dan wanita.
Hadir sama di majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Mohd Sukuran Taib dan Pengarah JBS Labuan, Mahanum Fauzi.