fb fb fb fb fb

Hamas bebaskan seorang tahanan warga Israel-Amerika

Tebusan dibantu Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa/AFP

GAZA, 13 Mei - Seorang tahanan warga Israel-Amerika Edan Alexander melintasi sempadan menuju Israel semalam, selepas dibebaskan oleh Hamas.

Jurucakap tentera Israel memberitahu, mereka menerima Alexander sejurus dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa telah memudah cara pemindahan beliau dengan selamat daripada tahanan.

Sementara itu, jurucakap Hamas berkata, pembebasan Alexander adalah sebagai isyarat muhibah kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang sedang melawat Asia Barat yang bermula hari ini sehingga 16 Mei depan. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN