fb fb fb fb fb

Hala tuju bandar Gemas sebagai pusat pemangkin dalam pelaksanaan- Aminuddin

Menteri Besar Negeri sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berucap di DUN Negeri Sembilan hari ini/ FOTO RTM

SEREMBAN, 5 Disember -Bandar Gemas ditetapkan hala tuju sebagai pusat pemangkin berdaya maju dan berdaya tahan ke arah pembangunan bandar kondusif dan mampan menerusi dokumen perancangan yang telah diwartakan pada 8 Oktober 2020 iaitu Rancangan Kawasan Khas (RKK) Gemas.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, berdasarkan hala tuju yang digagaskan, sebanyak 106 projek dicadangkan merangkumi 32 projek Quick Win (QW), 62, Entry Point Project (EPP) dan 32 projek Berimpak Tinggi (HIP).

Menurut Aminuddin,cadangan projek pembangunan tersebut akan menjadi pemangkin kepada perkembangan bandar Gemas yang akan dilaksana mengikut pelaksanaan iaitu Fasa Jangka Masa Pendek (Tahun 2019-2023), Jangka Masa Sederhana (Tahun 2023-2027) dan Jangka Masa Panjang (Tahun 2027-2030).

"53.7 peratus ini akan kita teruskan kerana ia melibatkan perancangan kita dan Insya-Allah antara yang kita sedang rundingankan bersama KTM dan beberapa lagi syarikat untuk  memastikan bahawa projek ini dapat dilaksanakan dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan", kata Aminuddin pada sesi pertanyaan lisan, Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-15 di sini.

Jelasnya, setakat ini 10 projek sedang berjalan dan 29 projek yang lain belum dilaksanakan pada tahun hadapan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD