fb fb fb fb fb

Hajiji jalani prosedur buang batu karang minggu depan

KOTA KINABALU, 30 April- Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dijadual menjalani prosedur kecil bagi membuang batu karang minggu depan.

Pejabat Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan beliau mengalami kesakitan namun dalam keadaan sihat.

Menurut kenyataan itu, pekulasi mengenai keadaan kesihatan Ketua Menteri tersebar sejak beberapa hari lepas dan beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan doa semua.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, memaklumkan Hajiji turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.

(Foto fail)

Turut hadir ke majlis berkenaan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada majlis tersebut, Ketua Menteri turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada lebih 70 orang kurang berkemampuan termasuk dari rumah orang tua, Persatuan Orang Buta, Persatuan Orang Pekak, rumah kebajikan dan anak yatim.

Media Baharu