Haji madrasah bentuk jiwa, bukan sekadar perjalanan ibadah

Foto PMO

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Haji bukan sekadar perjalanan ibadah, sebaliknya madrasah tarbiah yang membentuk jiwa, menyucikan hati dan meniupkan semangat baharu untuk kembali berkhidmat kepada agama, rakyat serta negara dengan lebih ikhlas dan penuh ihsan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar menyatakan sejarah menunjukkan semangat kebebasan dan keberanian sering bangkit selepas para jemaah pulang, contohnya kebangkitan Aceh.
  • Beliau menyantuni jemaah haji dari Permatang Pauh dan Tambun serta berkongsi kisah perubahan Malcolm X selepas menunaikan haji.
  • Kisah Malcolm X menggambarkan transformasi jiwa, pandangan hidup lebih luas, damai dan kesedaran tentang persaudaraan umat manusia.
  • Perdana Menteri mendoakan agar jemaah dikurniakan haji mabrur, urusan dipermudah dan pulang membawa semangat baharu untuk keluarga serta negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejarah juga mengajar bahawa semangat kebebasan dan keberanian umat Islam sering bangkit selepas pulangnya para jemaah dari Mekah, sebagaimana dicatat ketika meneliti kebangkitan rakyat Aceh melawan penjajahan Belanda.

“Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menyantuni para jemaah haji dari Permatang Pauh dan Tambun yang bakal menjadi tetamu Allah SWT.

“Dalam kesempatan ini, saya juga berkongsi kisah Malcolm X yang pulang dari Tanah Suci dengan jiwa dan pandangan hidup yang jauh lebih besar, lebih damai dan lebih insaf tentang persaudaraan umat manusia,” kongsinya menerusi hantaran di Facebook.

Perdana Menteri turut mendoakan agar seluruh jemaah dikurniakan haji mabrur, dipermudah segala urusan dan kembali ke tanah air membawa semangat baharu buat keluarga, masyarakat dan Malaysia tercinta.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.