fb fb fb fb fb

Haji: Kebenaran ke tanah suci, TH rakam penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi

(Konsul Haji di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Arab Saudi, Mohammad Saimi Mat Som (tengah)


MADINAH, 5 Jun- Lembaga Tabung Haji, (TH) merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi terutama penjaga dua kota suci, Raja Salman Bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Mohamad Bin Salman di atas keputusan kerajaan Arab Saudi kerana membenarkan jemaah dari negara luar menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Penghargaan turut diberi kepada semua kementerian dan agensi di Arab Saudi yang sentiasa membantu melancarkan perjalanan jemaah haji Malaysia ke tanah suci.

Konsul Haji di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Arab Saudi, Mohammad Saimi Mat Som berkata, kerinduan para jemaah terubat selepas dua tahun ibadah itu tertangguh akibat COVID-19 akibat Covid-19.

Beliau berkata, dengan ketibaan jemaah tersebut menandakan operasi haji di Tanah Suci bermula dan pihaknya akan terus memastikan kemudahan dapat diuruskan dengan baik dan teratur.

“Semua jemaah haji Malaysia perlu menjaga kesihatan dan kebersihan diri agar sentiasa berada pada tahap terbaik. 

"Mereka juga perlu mengikuti segala nasihat dan prosesur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh petugas dari semasa ke semasa.

(kumpulan pertama yang melibatkan 295 jemaah Malaysia selesai menziarahi masjid Nabawi dan makam Rasulullah pada sebelah pagi)

"Cuaca di Madinah agak panas yang mencecah 50 darjah celcius dan elakkan terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari”  katanya.

Seramai 295 orang jemaah haji yang merupakan kumpulan pertama, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Abdulaziz kira-kira pukul 9.30 malam tadi waktu Malaysia.

Ketibaan mereka di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick yang terletak bersebelahan dengan perkarangan Masjid An Nabawi disambut oleh Mohammad Saimi, Konsul di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Farah Syafina Bahari dan Ketua Canseri, Konsulat Malaysia di Jeddah, Muhammad Hafiz Bahar.

Seramai 14,306 orang jemaah haji Malaysia akan menunaikan ibadat Rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

Mereka dijadualkan tiba di Madinah serta Makkah secara berperingkat.

Berita berkaitan 
Kumpulan pertama Jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah

 

Media Baharu