fb fb fb fb fb

Haji DIY: Umat Islam dinasihat ikut saluran betul, fahami konsep istito'ah

Senator Dr Zulkifli Hassan ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia SPIKEM Siri Madani Sesi 8/2024 di Universiti Malaysia Terengganu

KUALA NERUS, 27 Mei- Umat Islam di negara ini dinasihatkan mengikut saluran yang betul untuk menunaikan haji bagi memastikan ibadah itu dapat dilakukan dengan sempurna.

Selain menghayati konsep sebenar istito'ah atau kemampuan dari segi kewangan, kesihatan dan mental termasuk kuota sebelum menunaikan haji di Tanah Suci.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hassan mengulas isu jemaah haji yang melaksanakan ibadah itu secara sendiri atau DIY.

Menurut beliau sekiranya tidak mendapat bimbingan Lembaga Tabung Haji atau mana-mana pihak yang mendapat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi ianya akan mendatangkan banyak masalah.

Ini kerana menjadi tanggungjawab rakyat untuk menjaga nama baik Malaysia yang menjadi rujukan negara lain dalam pengurusan haji.
 
Beliau terdahulu merasmikan Seminar Peradaban Islam dan Ketamadunan Malaysia SPIKEM Siri Madani Sesi 8/2024 di Universiti Malaysia Terengganu.

Lebih 200 pelajar sekolah menyertai seminar berkenaan yang diadakan dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE