KUALA LUMPUR, 27 Mei- Permohonan bagi Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) melibatkan pemilik kenderaan diesel akan dibuka mulai esok.
Ia melibatkan pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak, selain petani kecil dan pekebun kecil komoditi.
Pemilik kenderaan diesel persendirian berdasarkan kriteria kelayakan tertentu, boleh membuat permohonan bawah kategori BUDI Individu.
Manakala, permohonan bagi petani kecil dan pekebun kecil bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.
Penerima yang layak bagi kedua-dua kategori akan menerima Budi Madani RM200 sebulan.
Setiap permohonan akan disemak silang dengan data Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi mengecualikan pemilik kenderaan mewah bawah usia 10 tahun dan individu berpendapatan tinggi; T-20.
Permohonan dibuka sepanjang tahun dan boleh dibuat secara dalam talian menerusi https://budimadani.gov.my.
Bagi permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun 2024, pemohon akan menerima Budi Madani pertama, menjelang pertengahan Jun 2024.
Manakala, permohonan selepas tarikh itu akan menerima Budi Madani pertama dalam tempoh dua minggu.
BUDI MADANI akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima dan tuntutan untuk penerima tanpa akaun bank boleh dibuat secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh Semenanjung Malaysia.