fb fb fb fb fb

Hafazan surah jadi teras pendidikan awal kanak-kanak

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuapkan pulut kuning kepada anak-anak Tabika Kemas pada Program Khatam Perdana Pra Tahfiz KEMAS dan Malam Kesenian Islam dan Kenduri Rakyat di Dewan Lok Kawi Height malam tadi / BERNAMA

PAPAR, 22 November - Kerajaan mengangkat pembelajaran hafazan surah sebagai teras pendidikan awal kanak-kanak.

Ia membabitkan 123,000 murid Tabika KEMAS di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata usaha sama turut dipertingkat di maahad tahfiz, selain membuka laluan pendidikan TVET kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian dan menambah kemahiran.

Jelasnya, langkah tersebut selaras Dasar TVET Negara 2025–2030.

"Pendekatan ini penting bagi melahirkan generasi berakhlak dan berkemahiran," katanya ketika berucap pada Program Kasih Desa @ Papar.

Sementara itu, Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Mohd. Hanafiah Man memaklumkan jumlah kelas Tadika Kemas akan ditingkatkan kepada 9,800 tahun depan.

Turut dilaksana kelas rintis Pra Tahfiz dan program pendidikan khas autisme di Sarawak.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE