fb fb fb fb fb

Stor di UIAM musnah 50% dalam kebakaran

Tiada kemalangan jiwa / Foto RTM

GOMBAK, 22 November - Sebuah stor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, (UIAM), musnah 50 peratus dalam kebakaran, malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, (JBPM) Selangor memaklumkan panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 9.03 malam dan sepasukan pegawai dan anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, ke lokasi.

Bagaimanapun, kebakaran berjaya dipadamkan oleh orang ramai.

Pasukan bomba dan penyelamat kemudian membuat pemantauan bagi memastikan lokasi sekitar selamat.

Insiden tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

FAUZIAH ABD RAHMAN