LABUAN, 22 November - Inisiatif kelestarian ALAM Be-Leaf terus mencuri perhatian apabila edisi terbaharu di Labuan menghimpunkan seramai 390 sukarelawan majoritinya golongan muda berusia 13 hingga 35 tahun.
Ketua Pegawai Pembangunan Korporat Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad BPMB, Datuk Wira Dr. Mohammad Hardee Ibrahim berkata, sebanyak 1,122 anak pokok bakau di Taman Ekologi Kinebenuwa, sekali gus menyumbang secara langsung kepada usaha pemuliharaan ekosistem pantai.
"Penanaman bakau ini penting dalam mengurangkan risiko hakisan, melindungi biodiversiti marin, serta meningkatkan kelestarian sumber pendapatan komuniti setempat," katanya.
Beliau berucap merasmikan ALAM Be-Leaf Tanaman 1,122 Anak Pokok Bakau di Taman Ekologi Kinabenuwa anjuran Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) and MUFG Bank (Malaysia) Berhad (MUFG).
Tambahnya, penyertaan tinggi belia memberi isyarat positif terhadap kesedaran alam sekitar.
Pelaksanaannya di Labuan, ALAM Be-Leaf kini mencatat lebih 3,000 anak pokok bakau ditanam hasil sumbangan 843 sukarelawan secara keseluruhan membuktikan kekuatan kerjasama pelbagai pihak dalam membina masa depan yang lebih hijau dan berdaya tahan.
Penganjurannya turut disokong pelbagai pihak termasuk Perbadanan Labuan, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) dan Yayasan Petronas.
ALAM Be-Leaf Labuan himpun 390 sukarelawan, tanam 1,122 anak pokok bakau
powered by social2s