fb fb fb fb fb

Had waktu operasi premis perniagaan dimansuhkan bermula 1 April 2022

(Gambar Hiasan)

KUALA LUMPUR, 8 Mac - Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan bermula 1 April 2022, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Beliau berkata pemilik premis dibolehkan untuk melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis.

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media khas di Bangunan Parlimen hari ini/BERNAMA)

"Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Bolehlah bersahur di luar," katanya dalam sidang media khas mengenai fasa 'peralihan ke endemik' di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata fasa ‘peralihan ke endemik’ ini merupakan strategi keluar daripada pandemik untuk membolehkan rakyat Malaysia kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan COVID-19.

Media Baharu