fb fb fb fb fb

Mahkamah benarkan jaminan RM3,000 kepada Habib Shah Firdaus

NEGERI SEMBILAN, 16 Disember- Mahkamah Tinggi Syariah, Sendayan, menangguhkan pendakwaan terhadap pemimpin Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah, Habib Shah Firdaus Habib Ahmad, yang disyaki melakukan perbuatan atau perkara yang bercanggah dengan hukum syarak. 

Hakim, Kamal Bashah Ahmad Tajuddin membuat keputusan berkenaan selepas dia meminta tempoh seminggu untuk melantik peguam.

 
(Pemimpin Tarekat al-Naqsyabandiah al-Khalidiyyah, Habib Shah Firdaus Habib Ahmad)

Mahkamah membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin beragama Islam yang bermastautin di Negeri Sembilan dan sebutan semula kes 21 Februari 2023.

Prosiding yang berlangsung hari ini sepatutnya meneruskan pertuduhan ke atas Habib Shah mengikut Seksyen 50(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 selepas dia ditahan semalam di rumah sewanya di Kampung Desa Mukmin Warisan, Gombak.

Dia telah diburu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan sejak Ogos lalu selepas pusat pengamalan tarekatnya yang beroperasi di Kampung Jawa, Labu diarah tutup. 


Habib Shah didakwa melakukan perbuatan atau amalan yang bercanggah dengan bentuk pengamalan tarekat tasawuf yang direkodkan dalam daftar di bawah perenggan 11(1)(h) Enakmen Tarekat Tasawuf Negeri Sembilan 2005.

Media Baharu