fb fb fb fb fb

Tapak perkhemahan berhampiran lokasi tragedi Batang Kali diarah tutup sementara

BATANG KALI, 16 Disember- Beberapa tapak perkhemahan yang terletak berhampiran lokasi tragedi di Batang Kali diarah tutup serta-merta, buat sementara waktu.

Arahan berkuat kuasa sehingga dimaklumkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan arahan keselamatan itu dikeluarkan sebentar tadi.

"Tapak perkhemahan tidak boleh lagi menerima pelawat dan pengunjung juga tidak boleh ke kawasan sungai di sekitar sini," katanya.

Semua pengendali tapak perkhemahan dminta tidak menerima pengunjung sehingga dimaklumkan kelak.

Beliau juga berkata usaha tertumpu kepada operasi menyelamat mangsa yang belum ditemukan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani telah diminta menambah bilangan anggota penyelamat di lokasi.

(Datuk Seri Saifuddin berkata kepada pemberita di lokasi kejadian)

Media Baharu