fb fb fb fb fb

Jalan negeri B66 ditutup sepanjang 5 meter - JKR

KUALA LUMPUR, 16 Disember- Susulan kejadian tanah runtuh di laluan B66 Jalan Batang Kali - Genting Hulu Selangor yang berlaku sekitar jam 2.42 pagi hari ini melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan sebahagian dari jalan negeri B66 di bawah seliaan JKR Selangor iaitu sepanjang 5 meter itu telah ditutup.


(Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi - Foto Bernama)

Berdasarkan pemeriksaan didapati tiada rekahan terbuka pada permukaan pavement jalan.

Jalan B66 kini telah ditutup atas arahan pihak Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor untuk keselamatan pengguna jalanraya.

Orang awam boleh menggunakan laluan seperti lakaran infografik tertera sebagai laluan alternatif buat masa ini.

JKR dan pelbagai agensi sedang giat melaksanakan misi mencari dan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa di tempat kejadian.

Pasukan Forensik Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia telah berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

Kerja-kerja penambahbaikan akan dilaksanakan berdasarkan agihan peruntukan yang diterima.

Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya akan sentiasa prihatin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Media Baharu