fb fb fb fb fb

Gunung Pueh Sematan dicadangkan sebagai Tapak Rezab Biosfera UNESCO

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Pehin Sri Adenan

LUNDU, 26 Mei - Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mencadangkan Gunung Pueh dan Sematan dijadikan sebagai Tapak Rezab Biosfera UNESCO yang pertama di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, kedua-dua kawasan tersebut terpilih berikutan alam sekitarnya yang masih terpelihara, aktiviti ekopelancongan dan sosio serta mempunyai nilai kebudayaan yang tinggi.

"Ia juga memenuhi tiga fungsi utama Tapak Rezab Biosfera iaitu konservasi, pembangunan ekonomi dan sokongan logistik untuk aktiviti penyelidikan, pemantauan, pendidikan yang akan menjadi penanda aras untuk aktiviti pembangunan secara lestari di peringkat global," kata Azizul.

Beliau memberitahu demikian ketika merasmikan Program Kesedaran Awam - Ekonomi Hijau dan Pembangunan Lestari di Tapak Cadangan Biosfera UNESCO di CENTEXS, di sini semalam.

Katanya, dengan adanya pengikhtirafan antarabangsa tersebut, penduduk setempat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berpeluang mendapatkan dana bagi pembangunan lestari.

TETITIA YUSOFF