fb fb fb fb fb

Gudang logistik runtuh, CAP gesa tubuh Suruhanjaya siasatan

FOTO RTM

GEORGETOWN, 30 November- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa agar satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan segera bagi menyiasat punca kejadian runtuhan gudang logistik sedang dalam pembinaan di Batu Maung, Bayan Lepas, Selasa lepas.

Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata Majlis Bandaraya Pulau Pinang , Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, CIDB dan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan , DOSH digesa untuk menyiasat dengan menyeluruh insiden berkenaan.

Kata Mohidden, tindakan tegas juga perlu diambil terhadap pihak bertanggungjawab dengan kemalangan tersebut.

Ini kerana lokasi berkenaan berdekatan dengan pantai yang terdiri daripada tanah pasir dan batu kerikil.

Justeru sebarang struktur dibina di kawasan itu perlu dipastikan benar-benar selamat dengan mengambil kira semua langkah keselamatan terutamanya kajian geologi.

Dalam kejadian berkenaan, tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut manakala dua lagi mangsa parah.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD