fb fb fb fb fb

Gudang Automatik terbesar terima pengiktirafan MBOR

Foto RTM

BATU KAWAN, 7 Mei - Bagi meningkatkan kecekapan penyimpanan dan pengambilan produknya, Lam Research Corporation membuka gudang automatik tercanggih dan terbesar di negara.

Gudang yang dilengkapi dengan Robot Mudah Alih Autonomi (AMR) dan Kenderaan Berpandu Automatik (AGV) ini telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records (MBOR).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata dalam ucapannya ini merupakan satu kejayaan kepada negeri dalam industri semikonduktor khususnya pembuatan ‘wafer fabrication’ yang mana kecekapan gudang ini bakal ditingkatkan dengan kecanggihan sistemnya.

“Difahamkan gudang tersebut mempunyai ketinggian 30 meter dan memuatkan pelbagai perincian automasi yang menjadi kepentingan bagi penambahan operasi infrastruktur sekali gus memberikan sokongan kelancaran dalam pengeluaran dan penghantaran kepada pelanggan di seluruh dunia,” katanya.

Penyampaian sijil MBOR disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBOR, Cristopher Wong kepada Pengarah Urusan Logistik Lam Research, Brandon Ferran disaksikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD