fb fb fb fb fb

Penubuhan semula Unit Pemerkasaan Bumiputera perlu bagi lahirkan 'Bangsa Usahawan'- Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 7 Mei - Penubuhan semula Unit Pemerkasaan Bumiputera di setiap kementerian kerajaan perlu dilaksanakan bagi melahirkan 'bangsa usahawan' di kalangan bumiputera.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia merupakan satu strategi yang memerlukan kerjasama antara kementerian dan kerajaan bagi merialisasikannya.

"Saya harap dapat dilaksanakan semula Unit AKSU yang Bumiputera misalnya menjadi Pengerusi supaya setiap kementerian boleh membantu segala usaha-usaha keusahawanan kementerian untuk membantu pihak peniaga Bumiputera yang terlibat", katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu Naratif Khas di Angkasapuri Kota Media pada Selasa.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD