fb fb fb fb fb

Pelaksanaan semula GST masih di peringkat kajian- PM

KUALA LUMPUR, 5 JunKeputusan sama ada kerajaan akan mengembalikan pelaksanaan sistem cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih dalam peringkat kajian.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan, tiada sebarang pengumuman dibuat beliau bahawa kerajaan akan melaksanakan semula GST dalam masa terdekat.

Sebaliknya satu kajian dan pertimbangan termasuk kesan pelaksanaan semula sistem percukaian itu sedang dilakukan.

Berita berkaitan
Perluas konsep memperkasakan masyarakat, realisasikan agenda hijau negara
Mesyuarat Kabinet diawalkan ke esok, bincang kos sara hidup, bahan makanan - Ismail Sabri

 

Beliau berkata, banyak perkara perlu dipertimbangkan kesan daripada pelaksanaan GST seperti sama ada pelaksanaanya dibuat pada masa sesuai atau akan mengakibatkan berlakunya kenaikan harga barang.

"Ramai orang terus melompat bila saya kata tidak menolak kemungkinan tapi saya kata perlu dikaji, kita perlu kaji buruk dan baiknya bukan saya umum akan laksanakan GST.

"Rakyat perlu difahamkan kalau kita nak buat apa-apa, kalau kita nak perkenalkan sistem percukaian yang baharu sebagai contoh kalau kita rasa SST dah tidak sesuai, apa yang kita hendak gantikan dan rakyat perlu difahamkan dulu. Kita mahu apa yang kita umumkan diterima rakyat bukan ditolak rakyat,"kata Ismail Sabri kepada media selepas merasmikan Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di Taman Tugu di sini.


(Datuk Seri Ismail Sabri (dua, kiri) melihat ruang pameran pada Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 di Taman Tugu hari ini/BERNAMA)

Media Baharu