fb fb fb fb fb

Pelaksanaan Sistem High Speed Weigh in Motion dalam fasa akhir

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya kini dalam fasa akhir untuk membangunkan Sistem High Speed Weigh in Motion (WIM).

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah menjelaskan, ini bagi mengesan kesalahan lebih muatan serta pengumpulan data kenderaan secara automatik.

"Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya sedang dalam proses akhir untuk bangunkan Sistem High Speed Weigh in Motion, menerusi penggunaan sistem ini aktiviti penguatkuasaan kenderaan berat boleh dilaksana secara masa sebenar dan automatik tanpa memerlukan kenderaan perlu berhenti,"katanya.

Penyataan bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir.

Tambahnya setiap kenderaan perdagangan adalah diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan berkala di PUSPAKOM setiap enam bulan seperti yang ditetapkan.

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap syarikat pengendali kenderaan barangan yang ingkar syarat yang ditetapkan bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE