fb fb fb fb fb

GPS mahu empat wakil sandang jawatan menteri penuh dalam Kabinet

KUCHING, 2 Disember- Gabungan Parti Sarawak (GPS), mahu empat menteri wakil daripada GPS menyandang jawatan menteri penuh dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap komposisi empat menteri penuh dikekalkan sama seperti kerajaan sebelum ini.

Beliau turut memaklumkan setakat ini pihaknya belum menerima apa-apa maklumat berkaitan perkara tersebut.

Bagaimanapun, Premier Sarawak berkata beliau menyerahkan sepenuhnya keputusan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya, Kuching.

Pengerusi GPS yang juga Premier Sarawak,
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Sebelum ini, bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) empat menteri wakil GPS yang menyandang jawatan menteri penuh adalah Menteri Kanan Kerja Raya, Menteri Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang).

Media Baharu