fb fb fb fb fb

Datuk Seri Anwar selesai menghadap Agong

KUALA LUMPUR, 2 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Pertemuan Datuk Seri Anwar dengan Al-Sultan Abdullah berlangsung kira-kira 40 minit.

Datuk Seri Anwar yang menaiki kenderaan rasminya melambaikan tangan kepada petugas media sebaik keluar dari Istana Negara.

Beliau dijadual bergerak ke Perak untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

(Datuk Seri Anwar menurunkan tingkap kenderaannya dan melambai tangan ke arah
petugas media sebaik keluar dari Istana Negara)

Terdahulu, Datuk Seri Anwar tiba di Istana Negara pada pukul 8.20 pagi.

Beliau menghadap Al-Sultan Abdullah bagi mempersembah senarai kabinet Kerajaan Perpaduan untuk mendapat perkenan Baginda.

Media Baharu